KUCHING: Fakulti Undang-undang Kolej SEGi Sarawak dan Pusat Penerangan Islam (IIC) bekerjasama menganjurkan forum bertajuk ‘Undang-Undang Islam di Malaysia’ pada 23 Jun ini di Kolej SEGi Sarawak.
Kerjasama julung kali antara Kolej SEGi Sarawak dan IIC turut mengatur beberapa aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar undang-undang.
Dalam beberapa bulan akan datang, pelajar undang-undang SEGi akan melawat Mahkamah Syariah dan forum mengenai Undang-Undang Alam Sekitar dan Islam.
Difahamkan forum tersebut memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai mesej pemuliharaan alam sekitar yang terkandung dalam al-Quran.
Forum Undang-Undang Islam di Malaysia disertai penceramah khas merupakan Ketua Pendakwa Syariah Sarawak (1998-2013) dan Pegawai Syariah Majlis Islam Sarawak pada 2014 iaitu Norhaza Ahmed Redzuan Abdullah.
Beliau merupakan ahli Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) dan pengamal undang-undang.
Beberapa ahli panel untuk sesi soal jawab mengikuti program tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Zabariah Matali.
IIC komited mengadakan dialog antara agama dan menggalakkan persefahaman serta memupuk kesedaran rakyat pelbagai agama dan etnik di negeri ini.
Penutupan program itu diadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar anjuran IIC bagi membolehkan pelajar menikmati pengalaman berbuka puasa.