Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pelumba Sarawak bakal kibar cabaran Malaysia di Terengganu

$
0
0

KUCHING: Tiga pelumba dari Sarawak terpilih mewakili Malaysia pada Kejohanan Mo­tocross Asia FIM yang akan diadakan di Terengganu pada April depan.

Menurut kenyataan dari pegawai Persatuan Sukan Lumba Automotif Sarawak (Sarsa), pasukan dari Sarawak akan diketuai pelumba ber­pengalaman William Sinos.

Ketika dihubungi semalam, William berasa terharu kerana terpilih untuk membantu pe­lumba Sarawak pada saingan kali ini.

“Saya merasa gembira dan bangga kerana persatuan memberi kepercayaan kepada saya.

“Harapan saya agar pe­lumba lain dari Sarawak akan memberi aksi terbaik pada perlumbaan tersebut,” ka­tanya.

Tiga pelumba yang akan mewakili Malaysia adalah Syahrizan Shambeda, Jong Tze Ping dan Chin Vui Ming.

Mereka dipilih berdasarkan jumlah markah yang diper­olehi serta keputusan ranking terakhir pada Cabaran Moto­cross AAM 2013 (pusingan Sarawak).

“Pelumba dari Sarawak tidak perlu memenangi apa-apa kejuaraan pada cabaran tersebut. Sebaliknya mereka perlu mengumpul markah se­banyak mungkin bagi melay­akkan diri,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga pelumba itu juga akan dipilih untuk berlumba pada Kejo­hanan Morocross Asia FIM bagi edisi tahun depan.

William bagaimanapun menjelaskan bermula pada tahun ini semua pelumba perlu menduduki ujian sebe­lum membolehkan mereka berlumba dalam mana-mana perlumbaan anjuran Per­satuan Otomobil Malaysia (AAM).

Ia dikenali sebagai Ujian Permohonan Lesen Kejo­hanan khusus bagi perlum­baan lebuh raya, sirkit, mo­tocross dan go-kart.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>