Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Perahu karam: 11 penduduk rumah panjang nyaris maut

$
0
0

TERSELAMAT: Para penumpang perahu berenang ke tebing Sungai Kemena bagi menyelamatkan diri selepas berlakunya insiden karam.

BINTULU: Seramai 11 penduduk dari Rumah Ngindang Sungai Selagoi Labang, Sebauh nyaris maut setelah perahu yang dinaiki oleh mereka karam di tengah-tengah Sungai Kemena sekitar jam 3.30 petang Ahad lalu.

Menurut sumber, kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kampung Labang yang terletak di bahagian hulu sungai berkenaan sebelum perahu mereka terbalik, lalu karam.

Dalam kejadian itu, kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.

Seorang penduduk yang ketika itu sedang memancing udang tidak jauh dari lokasi berkata, sebelum kejadian perahu berkenaan melintas di hadapannya dan perlahan-lahan selepas itu, bahagian hadapan perahu seakan-akan terjunam ke dalam air sebelum karam.

“Saya berpendapat perahu terbabit terlebih muatan memandangkan ia perlahan-lahan dimasuki air di bahagian hadapan sebelum karam,” katanya.

Melihat tragedi berlaku itu, beliau dengan segera cuba terjun ke sungai bagi menyelamatkan mangsa, namun berpatah balik berikutan faktor air sungai yang agak deras dan dalam disebabkan kejadian berlaku di tengah-tengah sungai.

Semua penumpang dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun itu bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai sementara menunggu sanak-saudara mereka sampai untuk memberikan bantuan.

Sejurus itu, semua mangsa berpatah balik ke rumah panjang mereka dan terpaksa membatalkan hasrat menghadiri kenduri kahwin di Kampung Labang disebabkan oleh insiden yang tidak dijangka itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>