Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kerajaan akan cari jalan atasi masalah banjir di Maludam

$
0
0

KUNJUNGAN TBC: Simoi (duduk tengah), Ismawie (duduk kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama Kapitan Robin Hii (duduk kiri) serta ahli keluarga beliau pada Rumah Terbuka TBC kelmarin.

SRI AMAN: Kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik untuk membantu penduduk di kawasan Maludam yang sering terjejas akibat banjir, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri.

Menurutnya, masalah banjir di kawasan berkenaan berpunca daripada sistem perparitan yang tidak betul serta air bertakung tanpa aliran yang sempurna.

Simoi berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong dan satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk memohon peruntukan bagi memperbesarkan sistem perparitan di kawasan terbabit.

“Kertas cadangan tersebut telah kita kemukakan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia untuk tujuan pertimbangan dan kita berharap peruntukkan yang dipohon dapat diluluskan segera bagi mengatasi banjir di kawasan ini,” ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Pemimpin Masyarakat Cina di Rumah Terbuka Kapitan Robin Hii, Kampung Hulu, Jalan Pasir Panas di sini kelmarin.

Simoi berkata, menerusi kertas cadangan itu pihaknya menyenaraikan dua cadangan bagi mengatasi banjir di kawasan terbabit iaitu membina pintu air bermula dari kawasan hulu Sungai Maludam keluar ke Sungai Batang Lupar sepanjang 12 kilometer yang dijangka menelan kos RM10 juta.

Manakala,cadangan kedua pula membina pintu air dari Sungai Maludam ke Sungai Melebu sepanjang tiga kilometer yang dijangka menelan kos RM 2.5 juta.

“Kita percaya, sekiranya permohonan kita berjaya nanti, masalah banjir di kawasan ini dapat diselesaikan kerana air yang bertakung di kawasan Maludam termasuk di Kampung Melayu Maludam serta rumah panjang Iban di kawasan ini dapat diatasi sepenuhnya.

“Bukan setakat itu sahaja, sekiranya jambatan kecil yang menghubungkan kampung-kampung serta rumah-rumah panjang di kawasan ini diperbesarkan, kita percaya masalah yang serupa juga dapat diatasi,” katanya.

Menurutnya, walaupun peruntukan itu agak besar, pihaknya amat berharap ia akan diluluskan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan terbabit.

Kawasan Maludam kini dihuni seramai 3,000 penduduk.

Turut mengiringi beliau semasa kunjungan berkenaan, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawi Salleh, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak DUN Lingga Sulaiman Amut, Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga Khamisita Wasli serta ahli PBB Lingga yang lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>