Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pengayuh solo gembira capai separuh misi jelajah Semenanjung

$
0
0

KOTA BAHARU: Pengayuh solo warga emas Wan Hashim Wan Mahmood, 68, gembira apabila dapat mencapai separuh daripada misi menjelajah Semenanjung dengan basikal.

“Saya gembira kerana berjaya sampai di Johor Bahru meskipun keadaan jalan di sana berbukit serta cuaca panas tidak membuat saya patah semangat.

“Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan separuh daripada misi dalam tempoh hanya seminggu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Bapa kepada enam orang anak itu berkata beliau terharu dengan sambutan meriah di Johor kerana rata-rata mereka mengenali saya melalui hebahan media.

“Ada yang mengambil peluang bergambar dengan saya, selain daripada itu ada yang memberikan kata-kata semangat untuk saya teruskan misi ini,” katanya.

Beliau memulakan misinya dari sini pada 26 Jan lalu dan sudah berkayuh sejauh lebih 700 kilometer.

Datuk kepada 18 cucu itu telah melalui Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Singapura sebelum masuk semula ke Johor Baharu.

Wan Hashim berkata, beliau yang memasuki Singapura pada jam 2.30 petang kelmarin telah melakukan kayuhan selama empat jam di sekitar Woodlands.

“Saya pada mulanya ingin ke Arab Street dan bermalam di sana tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa Singapura.

“Ini kerana di sana tidak ada laluan berbasikal, Jadi saya ambil keputusan untuk melakukan kayuhan di sekitar Woodlands sebelum keluar dari Singapura jam 6.30 petang,” katanya.

Wan Hashim berkata, beliau ke Batu Pahat semalam sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka hari ini.

“Perancangan awal memang saya akan ke Melaka hari ini (semalam) tetapi memandangkan ada rakan yang dikenali melalui laman sosial Facebook ingin menyambut ketibaan saya di Batu Pahat, saya ambil keputusan untuk berhenti di sana dahulu dan saya jangka tiba di sana pada jam 5.30 petang,” katanya.

Beliau akan memasuki Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Kedah sebelum misinya berakhir di Padang Besar, Perlis.

Wan Hashim turut dijangka memasuki Thailand dan meneruskan perjalanan ke Sungai Golok sebelum pulang ke Kota Baharu melalui sempadan di Rantau Panjang. — Bernama

Misi kayuhannya dengan jarak keseluruhan kira-kira 2,000km yang dijangka mengambil masa sebulan bertujuan memberi mesej berkaitan kesihatan dan riadah kepada orang ramai. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>