
MUAFAKAT: Taib (tengah) bersama tetamu yang lain memotong kek sebagai simbolik sambutan Tahun Baharu Cina di rumah Hii.
MIRI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meneruskan kunjungan pada hari ketiga sambutan Tahun Baharu Cina di sini semalam.
Lawatan bermula dengan kunjungan ke kediaman Pengerusi Kumpulan Syarikat Interhill Datuk Hii Chang Pii dan diikuti dengan rumah usahawan Miri, Datuk Ting Ong Hua.
Beliau seterusnya berkunjung ke kediaman Pengerusi Eksekutif Miri Housing Group of Companies Datuk Lau Siu Wai.
Turut mengikuti rombongan lawatan adalah isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Tugas-Tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem serta Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong.
Antara lain yang turut menyertai rombongan semalam ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Lawrence Lai.

GONG XI FA CAI 2014: Taib menyampaikan angpau selepas persembahan tarian singa di rumah Hii yang terletak di Tanjung Lobang, Miri sambil disaksikan tetamu lain.