Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pelajar cacat penglihatan terima kitab khas daripada KTS

$
0
0

SIBU: Yap Fang Ling, pelajar berkeperluan khas semalam ternyata gembira setelah menerima kitab khas yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Urusan KTS Vincent Lau Lee Ming di Pusat Agape Sibu, semalam.

Fang Ling, 14, yang meng-alami cacat penglihatan telah berjaya membuktikan golongan berkeperluan khas mampu mencapai kejayaan dalam kehidupan seperti golongan remaja normal lain.

Fang Ling yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Perbandaran No.3 telah memperolehi keputusan cemerlang 4A, 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Fang Ling kini mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Merah.

Ketika ditemui pemberita, Fang Ling melahirkan rasa syu-kur dan berterima kasih kepada KTS dan Borneo Post kerana sudi merealisasikan impiannya memiliki kitab khas.

“Saya amat berterima kasih kerana sudi merealisasikan hasrat saya untuk memiliki kitab khas, saya akan memanfaatkan hadiah yang telah diberikan,” jelasnya.

Fang Ling turut ditemani ibunya Tang Chiu King. Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Kanak-kanak Istimewa Sibu Kapitan Datuk Janet Lau dan Pediatrik dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sibu Dr Toh Teck Hock.

Turut hadir ialah rombongan ahli-ahli Kelab Lions Sibu Pahlawan, Kelab Lions Sibu Berjaya, Kelab Lions Sibu Sungai Merah dan Kelab Lions Sibu Host.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>