GEORGE TOWN: Lebih 22 kedai runcit diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang dalam Ops Harga 2.0, semalam.
Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Mat Jidin Hassan berkata operasi selama dua jam bermula 10 pagi itu turut mengenakan tindakan terhadap tiga peniaga mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Ops Harga 2.0 hari ini (semalam), tertumpu di kedai runcit dan berjalan serentak di sekitar Little India, Flat Taman Nusantara, Sungai Pinang dan Bertam Perdana dan Bertam Putra di Seberang Perai Utara,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Mat Jidin turut menasihati para peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan pihak KPDNKK.
Ops Harga 2.0 dilaksanakan serentak di seluruh negara bagi membendung masalah kenaikan harga barangan yang membebankan pengguna sejak kebelakangan ini.
Operasi itu adalah kesi-nambungan Ops Harga 1.0 yang bermula Julai tahun lepas. — Bernama