Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Komputer Riba 1Malaysia harus dijamin kualitinya

$
0
0

KASIH KERAJAAN: Kerajaan berusaha memastikan setiap isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu komputer riba bagi menjadikan rakyat celik IT. Kelihatan Dr Abdul Rahman (tengah, duduk) bergambar kenangan bersama para penerima.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pemberian Komputer Riba 1Malaysia harus diberi perhatian sewajarnya agar komputer riba itu dijamin kualitinya.

Beliau sekali lagi mengingatkan agar ia tidak dilihat oleh rakyat seperti bak kata pepatah Melayu seperti melepas batuk di tangga.

“Terdahulu, banyak rungutan daripada rakyat berhubung isu tersebut yang harus dipandang serius oleh kerajaan agar visi dan misi program ini tercapai,” katanya ketika menyampaikan Komputer Riba 1Malaysia kepada 71 pelajar kumpulan pertama tahun 2014 di sini semalam.

Menurut beliau, demi mencapai negara maju menjelang 2020, penggunaan komputer adalah amat perlu dipelajari oleh seseorang itu agar tidak ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Justeru program itu jelasnya, merupakan usaha kerajaan yang akan diadakan secara berterusan pada setiap tahun yang mana agenda utamanya adalah untuk memastikan rakyat menjadi celik IT.

“Ini adalah sebahagian daripada sasaran kita dan juga kita berhasrat agar setiap satu rumah mempunyai sebuah komputer sekurang-kurangnya sama ada melalui sumbangan atau melalui kemampuan sendiri untuk mempunyai sebuah komputer riba.

“Jadi pihak kita akan berusaha untuk mana-mana pihak menyumbang sebanyak mana komputer riba yang boleh kepada masyarakat,” tambahnya.

Selain itu katanya, ia turut memberi peluang kesamarataan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan golongan miskin untuk memiliki sebuah komputer riba sekurang-kurangnya satu bagi setiap isi rumah.

Peranti itu juga disebut boleh digunakan dalam menghasilkan rakyat yang produktif dan mampu bersaing dengan penduduk dari negara maju yang lain.

Penyampaian ‘netbook’ merupakan sumbangan pihak SKMM untuk pelbagai lapisan masyarakat bagi pelajar, suri rumah dan sebagainya.

Turut hadir Penolong Pengarah SKMM Yusmin Ibrahim, Setiausaha PBB Pantai Damai Rabian Kipli, Naib Ketua PBB Pantai Damai Khusairi Salleh dan Ketua Wanita PBB Pantai Damai Jamaayah Sulaiman.

Sementara itu, Yusmin turut memberi taklimat ringkas berhubung penggunaan Komputer Riba 1Malaysia dan penyalahgunaan serta undang-undang berkaitan.

Beliau turut menyeru agar para pelajar mendalami ilmu IT dan bengkel mengajar teknik penggunaan IT akan dirangka secara berterusan.

Penggunaan Internet juga mendatangkan manfaat positif kepada bidang ekonomi yang mampu memberi pulangan besar, ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>