Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Majlis berzikir Maulidur Rasul sederhana tetapi meriah

$
0
0

ZIKIR: Kumpulan zikir Kampung Bunut dan Kampung Tanjung berzikir sempena sambutan Maulidur Rasul.

MUKAH: Majlis berzikir sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014M anjuran Ahli Jawatankuasa Surau Darul Huda, Kampung Tanjung bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bunut dan Kampung Tanjung diadakan secara sederhana tetapi dalam suasana meriah.

Majlis itu dihadiri kira-kira 250 penduduk kedua-dua kampung, diadakan secara gotong-royong dan merupakan salah satu aktiviti tahunan kedua-dua kampung tersebut.

Hadir sama kumpulan zikir Kampung Sungai Alo diketuai Sa’adi Mahdi, Ketua Kampung Tanjung Hassan Amit, Ketua Kampung Bunut Sahari Ramli serta Pengerusi Jawatankuasa Surau Darul Huda Kampung Tanjung Yunus Bekri.

Turut hadir Pengerusi KRT Kampung Bunut dan Kampung Tanjung merangkap Pengerusi Permuafakatan KRT-KRT Bahagian Mukah Jali Gani dan Timbalan Pengerusi KRT Kampung Bunut dan Kampung Tanjung Wahab Sahari.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>