Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

All Stars SPPS pamer rentak cemerlang

$
0
0

BERGAYA: Bintang SPPS Ramos Sari melakukan hantaran pada perlawanan kedua Liga Axis 2014 menentang Petra Giant di Padang D, Petra Jaya minggu lalu. SPPS menang 2-0.

KUCHING: Skuad All Stars SPPS meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Liga Axis Edisi Ke-5 2014 setelah menundukkan juara musim lalu, Petra Giant dengan 2-0 pada perlawanan kedua di Padang D, Petra Jaya minggu lalu.

Gol-gol All Stars SPPS dihasilkan menerusi sentuhan pemain veteran, Razak Ismail dan Abang Mohd Saiful Abang Othman pada minit ke-26 dan ke-44.

“Syabas kepada pemain kerana berjaya memastikan kemenangan kedua. Memang dari awal saingan kita gagal memperaga aksi yang diharapkan kerana mendapat tentangan sengit daripada pasukan lawan selain faktor keadaan padang becak dan licin selepas hujan,” kata pengurus All Stars SPPS, Zulkifli Mohd Som ketika mengulas kejayaan pasukannya.

Pada perlawanan tersebut, SPPS membariskan ramai bekas pemain Ngap Sayot seperti Ramos Sari, Ramles Sari, Mohd Ali Sapiee, Razak Ismail, Daud Hamid, Suhardi Kaderi, Jamaluddin Majidi, Zakariato Gobil, Abang Mohd Za’afari Abang Othman, Aedi Julaihi, Abang Yahya Abang Sulaiman dan iniAbdul Ghani Anuar.

Zulkifli berkata, skuadnya mampu mencetak lebih banyak jaringan jika keadaan cuaca baik pada perlawanan tersebut.

“Apa pun…kami tetap fokus untuk aksi selanjutnya dan sedia menanti lawan seterusnya,” tambahnya.

Sementara itu, Axis FC terus mendahului carta liga setelah turut mencatat kemenangan kedua pada minggu lalu.

Axis tidak berdepan masalah mencatat kemenangan 2-0 ke atas Printing Genius.

Manakala Real Stat menang besar 3-0 ke atas Muffa FC.

Keputusan perlawanan lain pula menyaksikan kejayaan HA Satok menewaskan Sains 4-0.

Turut beroleh kemenangan adalah Masja-Sa yang menewaskan Bank Rakyat dengan 2-0, selain kemenangan tipis 1-0 skuad Ir Basli FC ke atas Kallosa FC.

Saingan akan diteruskan pada Sabtu dan Ahad ini di Padang C dan D, Petra Jaya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>