Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pegawai JPJ akan menyamar sebagai penumpang bas

$
0
0

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengerahkan 50 pegawai penguat kuasanya menyamar sebagai penumpang bas ekspres di Sarawak bagi memastikan keselamatan perjalanan sempena operasi Tahun Baharu Cina JPJ di seluruh negara dari 24 Januari hingga 9 Februari.

Di Sarawak, operasi akan diadakan di beberapa lokasi, terutama di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo, kata Ketua Penolong Pengarah JPJ Sarawak Kuek Jui Hock.

Beliau berkata kira-kira 150 pegawai penguat kuasa akan terlibat dalam operasi JPJ di seluruh negeri ini.

Selain bas ekspres, operasi itu juga memberi tumpuan terhadap motosikal memandangkan kenderaan ini menjadi penyumbang terbesar kes kemalangan jalan raya di negara ini, katanya.

Kuek berkata JPJ akan mengenakan saman serta-merta terhadap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal yang melanggar undang-undang lalu lintas.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati pada musim perayaan bagi mengelak kemalangan dan kehilangan nyawa.

Beliau juga menasihati pemandu supaya tidak memandu ketika mabuk.

“Saya ingin mengingatkan mereka yang memandu semasa musim perayaan supaya tidak minum minuman beralkohol untuk keselamatan diri dan orang lain,” katanya. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>