Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pembangkang jangan politikkan isu kenaikan harga barang

$
0
0

GOPENG: Pihak pembangkang diminta supaya tidak terus mempolitikkan isu kenaikan harga barang dengan memberi gambaran kepada rakyatseolah-olah negara sedang berhadapan dengan masalah ekonomi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihak pembangkang sepatutnya turut bersama-sama mencari jalan untuk membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang dan bukan hanyamengkritik kerajaan.

“Mereka nak dapat dari segi sokongan rakyat semata-mata, tidak mahu selesaikan masalah rakyat.

“Kalau benar harga barang ini membebankan rakyat, kerajaan di bawah pemerintahan pakatan (pembangkang) di Selangor, kempen lah… bagaimana nakkurangkan harga barang di situ,” katanya kepada pemberita selepas melawat danmeninjau harga barang di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, semalam.

Mohd Shafie tidak menafikan berlaku peningkatan harga barangan tertentu tetapi menurutnya masih ada tempat yang menjual barang dengan harga murah.

“Bukan saya nak nafikan tentang peningkatan harga barang… ada…tetapi di setengah tempat ada harga menurun seperti di sini (Pasaraya Mydin di RTC).

“Nampak sangat ketara (harga barang) di sini jauh lebih murah, jadi kalau boleh masyarakat berhampiran datang berkunjung ke tempat yang harganyaberpatutan supaya mengurangkan bebanan mereka,” katanya. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>