Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kementerian kesihatan tinjau lokasi sesuai K1M

$
0
0

KUALA LUMPUR: Beberapa Klinik 1Malaysia (K1M) yang kurang mendapat sambutan akan dipindahkan ke lokasi baharu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata untuk itu, kementerian kini sedang mengenal pasti klinik-klinik terlibat untuk dipindahkan ke kawasan yang lebih strategik bagi kemudahan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Kementerian mendapati beberapa K1M tidak mendapat sambutan kerana beroperasi di kawasan yang tidak sesuai, antaranya dalam pusat beli-belah, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Mesyuarat Persatuan Perubatan 2014 di sini semalam.

Beliau berkata terdapat lebih 200 K1M di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta rakyat dengan hanya mengenakan bayaran RM1bagi warganegara manakala RM15 untuk bukan warganegara.

Mengulas laporan akhbar mengenai kira-kira 46,000 atau satu peratus daripada 4.6 juta pesakit diabetes di negara ini terpaksa kehilangan anggota badanterutama di bahagian kaki dan tangan akibat komplikasi kencing manis, Dr Hilmiberkata ia boleh dielak jika rakyat kerap membuat pemeriksaan kesihatan. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>