Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Jawatankuasa tangani kos sara hidup sangat relevan

$
0
0

MIRI: Penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu adalah sesuatu yang sangat relevan

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau Jok berkata, ia bermakna kerajaan sangat prihatin dan sentiasa mendengar rungutan rakyat.

“Kerajaan faham dengan rungutan dan sungutan tentang kos sara hidup yang kian meningkat, sebab itulah jawatankuasa khas berkenaan ditubuhkan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam apabila ditanya pendapat mengenai penubuhan jawatankuasa khas berkenaan.

Dennis yang menyatakan sokongannya terhadap jawatankuasa khas itu memberitahu bahawa beliau gembira kerana ia melibatkan pelbagai pihak untuk memberi input mengenai hal-hal berkaitan kos sara hidup rakyat.

Bagaimanapun, beliau memberi cadangan supaya wakil-wakil yang bakal terlibat dalam perbincangan itu nanti melibatkan pihak dari kawasan pedalaman.

“Suara dan pendapat rakyat di kawasan pedalaman juga perlu didengari, jadi saya fikir perlu ada wakil,” ujarnya.

Ini kerana permasalahan rakyat yang berada di kawasan pedalaman berkaitan dengan kos sara hidup juga harus diteliti dan difahami.

Pada masa sama, Dennis berharap supaya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengetatkan hal berkaitan penguatkuasaan.

“Harga barangan bukan hanya harus dipantau ketika musim perayaan kerana ia melibatkan kos sara hidup rakyat, perlu (dipantau) sekerap yang mungkin,” jelas Dennis.

Tambahan pula, pihak KPDNKK telah diperuntukkan akta yang membolehkan mereka mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai kewujudan Kedai Rakyat 1Malayia (KR1M) pula, beliau mencadangkan agar satu KR1M diwujudkan di kawasan Lapok.

“Setakat ini kita hanya ada di Marudi dan harus ada satu di Lapok kerana ia tempat paling strategik untuk Baram,” katanya.

Dennis memberitahu, Lapok adalah kawasan paling strategik untuk Baram kerana jika KR1M diwujudkan di kawasan-kawasan lain di Baram, kemungkinan besar kos barangan bakal meningkat.

“Jika diwujudkan di kawasan lain, kos penghantaran dan pengangkutan barangan akan meningkat dan ia menyebabkan harganya meningkat, sebab itu Lapok adalah paling strategik setakat ini,” ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>