Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Hujan lebat tidak halang perarakan Maulidur Rasul

$
0
0

BUKTI PERPADUAN: Kontinjen daripada komuniti Iban daerah Mukah turut menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak.

HUJAN yang lebat sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak tidak menghalang para peserta meneruskan perarakan sejauh 3.5 kilometer mengelilingi bandar Mukah.

Sambutan Maulidur Rasul kali ini disertai 10,000 peserta dengan 175 kontinjen termasuk 13 kontinjen bukan Islam yang melibatkan 237 orang, turut sama-sama memeriahkan sambutan tersebut.

Sambutan Malidur Rasul diadakan secara besar-besaran untuk mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada setiap 12 Rabiulawal tahun Hijrah.

Program sampingan antaranya ialah pameran hidup sihat, gerai jualan, pertandingan futsal dan autoshow, aktiviti kajian impak, pertandingan pintu gerbang, sumbangan Maulud Nabi di hospital dan ceramah/forum.

Selain itu, tema sambutan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ memang bertepatan kerana perarakan turut disertai pelbagai kaum iaitu termasuk masyarakat bukan beragama Islam.

Turut hadir Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwa lslam) Datuk Daud Abdul Rahman, menteri-menteri dan dif-dif kenamaan dan penduduk Mukah.

BERSEDIA: Kelihatan barisan kontinjen yang setia menunggu dalam barisan walaupun hari hujan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>