Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sembunyi dalam semak elak dicekup

$
0
0

Perodua Kancil yang dicuri suspek berjaya dirampas semula dalam insiden berkenaan.

RANAU: Taktik seorang pencuri kereta yang bersembunyi dalam semak di tepi jalan Kilometer 56 Jalan Ranau-Tamparuli tidak berjaya apabila dia dicekup polis yang memburunya berikutan kes curi kenderaan, kelmarin.

Suspek lelaki tempatan berusia 23 tahun difahamkan melarikan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil di bangunan Proton Edar, Batu 8 Sandakan pada 13 Januari lepas sebelum berjaya dikesan di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Suspek yang sedang memandu kenderaan curi terbabit bertindak memecut laju selepas menyedari diekori polis. Dia kemudian memberhentikan Kancil itu di tepi jalan Kilometer 56 Jalan Ranau-Tamparuli sebelum bersembunyi dalam semak berdekatan.

Bagaimanapun, tindakan suspek hanya sia-sia apabila berjaya ditangkap dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintenden Abdul Rahman Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurut beliau, suspek didapati terlibat dengan satu kes curi kenderaan di Sandakan pada 13 Januari kira-kira jam 1.30 petang sebelum berjaya dikesan di sebuah lokasi berhampiran Ranau.

“Suspek berjaya ditahan dan kita juga berjaya merampas semula kenderaan yang dicurinya dalam insiden di Sandakan tempoh hari,” katanya, sambil menambah kes kini disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>