Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Sebanyak 12 pasukan bakal bersaing rebut Piala Awang Tengah

$
0
0

LIMBANG: Sebanyak 12 pasukan di bahagian ini berentap merebut kejuaraan Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang bakal diadakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina nanti.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Abdul Ajis Kon Mohd Ghazali berkata pasukan tersebut ialah ABC Club, Awat-Awat Bersatu, Persatuan Melayu Limbang (PML), SESCO, Delima, Ransing, Tiger FC, LBA, Budak Pasir, Highlanders, ACJ dan Felda United.

Beliau berkata, selain menawarkan piala pusingan yang julung kali diadakan dalam sejarah Liga Limbang sejak diadakan lima tahun lalu mereka juga akan merebut wang tunai RM5,000 (juara), RM3,000 (kedua) dan RM1,000 tempat ketiga.

“Perlawanan merebut piala pusingan Datuk Amar Awang Tengah ini pastinya sengit kerana kebanyakan pasukan yang beraksi adalah pasukan yang tersenarai dalam Liga Super lalu,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, kejohanan yang sepatutnya diadakan hujung Disember lalu terpaksa ditangguhkan selepas perayaan Tahun Baharu Cina berikutan keadaan padang Kompleks Sukan Limbang yang kurang memuaskan.

Jelas beliau, sesi cabutan undi sudah diadakan Rabu lalu untuk semua pasukan yang bertanding.

Sementara itu ABC Club, Awat-Awat Bersatu, PML tersenarai dalam Kumpulan A, SESCO, Delima, Ransing (Kumpulan B), Tiger FC, LBA, Budak Pasir (Kumpulan C) dan Highlanders, ACJ, Felda United dalam Kumpulan D.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>