Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Peniaga di Klang akan berhimpun bantah pameran perdagangan

$
0
0

KLANG: Para peniaga kecil dari ‘Little India’ di sini akan berhimpun di Jalan Pulasan, off Jalan Tengku Kelana pada Selasa ini sebagai menunjuk bantahan terhadap penganjuran karnival beli-belah dan pameran perdagangan di negara ini yang turut disertai peniaga asing bulan depan.

Setiausaha Pertubuhan Peniaga Tekstil dan Barang-barang Am India Malaysia (MITA), Maheswary Ramasamy berkata kira-kira 250 peniaga pelbagai barangan dijangka menyertai bantahan itu.

“Semua peniaga seperti peniaga kain, emas dan buatan emas serta bunga di Little India Klang akan menutup kedai pada 16 Julai ini, walaupun perkara itu akan merugikan mereka,” katanya kepada Bernama.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MICCIO) cawangan Pulau Pinang, N. Vasantharajan pula berkata kira-kira 120 peniaga di LittleIndia George Town akan turut berbuat demikian. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>