Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

‘Boulevard Raya Bazaar 2013’ berlangsung sehingga 7 Ogos

$
0
0

KUCHING: ‘Boulevard Raya Bazaar 2013’ yang bertema ‘Pasaran dalam Mall’ menemui orang ramai di Kompleks Beli-belah Boulevard bermula 27 Jun lepas hingga 7 Ogos depan.

Bazar anjuran bersama Butik Almas itu menampilkan pelbagai jenis barangan raya seperti kasut, songkok, baju kurung, baju kebaya dan banyak lagi.

Selain pakaian, anda juga boleh mendapatkan barangan elektrik, barang hiasan rumah dan jualan kuih-muih sebagai juadah berbuka puasa.

Antara gerai yang terdapat di bazar itu ialah KAMDAR, SOS, SENQ, Butik Almas, Peace Collection, Maxis dan Damai Resort.

Dengan setiap perbe-lanjaan RM50 ke atas dalam setiap resit di bazar itu, anda berpeluang untuk memenangi sebuah televisyen plasma Samsung 43 inci yang ditaja oleh SENQ.

Selain itu, orang ramai digalak untuk mendapatkan borang cabutan bertuah dari gerai-gerai yang terdapat di bazar berkenaan.

Pada masa sama, Kompleks Beli-belah Boule-vard juga ingin meng-ucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan ‘Pencarian Vokal Nang Kacak’ yang diadakan minggu lalu.

Juara pertandingan Siti Nur Syafinah Jamil membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta hamper yang ditaja oleh Butik Almas, manakala tempat kedua dan ketiga ma-sing-masing dimenangi oleh Nur Atifah Musyirah Ismail dan Zulkibli Rossendi.

Perasmian dan pelancaran ‘Bazaar Raya Boulevard 2013’ akan diadakan pada jam 1 petang pada 13 Julai ini.

Bermula hari yang sama, pelbagai aktiviti mena-rik disediakan kepada para pengunjung seperti persembahan sketsa raya, pertandingan menganyam ketupat tajaan Liansin, mereka kad raya, nasyid terbuka, foto raya dan juga pertandingan andaman Muslimah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Cik Izie menerusi talian 016-8875937 atau Encik Alfian (019-8392979).

Anda juga boleh melayari laman Facebook Kompleks Beli-belah Boulevard untuk keterangan lanjut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>