Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

FAS realistik peluang Sarawak

$
0
0

SERIUS: Sudarsono menyampaikan taklimat semasa sesi latihan di Stadium Negeri.

KUCHING: Presiden Per­satuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS) Datu Sudar­sono Osman berkata sasaran skuad pada musim ini hanya dapat ditentukan sebaik Liga Super 2014 bermula.

Katanya, FAS bersikap realistik mengenai peluang Sarawak kerana menyedari saingan daripada pasukan lain dijangka sangat mencabar.

“Seperti yang kita tahu, banyak pasukan berbelanja besar untuk mendapatkan pemain ternama dalam usaha memburu kejuaraan Liga Su­per,” katanya semalam.

“Ia pastinya menjadikan saingan pada musim ini se­makin kompetitif dengan kes­emua pasukan dilihat berpel­uang memenangi gelaran.”

Sudarsono bagaimana­pun tidak menolak peluang Sarawak untuk melakar ke­juaraan pada musim ini.

Baginya, Sarawak tetap antara pasukan yang bakal memberikan cabaran ber­bekalkan reputasinya selaku juara Liga Perdana 2013.

“Meskipun keadaan cuaca sedikit merencat jadual lati­han, saya tetap gembira den­gan persiapan kita mengha­dapi musim baharu.

“Segalanya berjalan dengan lancar dan pemain import ba­haru juga telah menunjukkan keserasian dengan rakan-rakan lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berka­ta Sarawak perlu mengadakan beberapa lagi perlawanan per­sahabatan bagi mengekalkan prestasi pemain.

Sementara itu, Sudarso­no memberitahu FAS akan melancarkan jersi baharu Sarawak pada 8 Januari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru para penyokong da­tang memeriahkan pelancaran tersebut yang akan diadakan di Stadium Tertutup Negeri, Petra Jaya.

Sarawak berlepas ke Kota Kinabalu hari ini bagi men­gadakan perlawanan persa­habatan menentang Sabah pada Sabtu, 4 Januari ini.

Mereka akan memulakan kempen Liga Super 2014 me­nentang ATM di Stadium Se­layang pada 18 Januari ini.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>