Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Saksikan aksi hebat Kejohanan Ragbi Piala Louis Simon Peter hari ini

$
0
0

KUCHING: Peminat sukan rugbi diajak menyaksikan Kejohanan Ragbi Piala Louis Simon Peter yang akan berlangsung di Padang Song Kheng Hai petang ini.

Presiden KRFC Azlan Borhan berkata, edisi kelapan itu dijangka menarik dengan menyaksikan pertembungan sengit antara pemain senior dan junior.

Katanya beberapa nama besar dalam sukan ragbi di sini termasuk beliau sendiri akan turun beraksi.

“Kejohanan ini menjadi penutup aktiviti tahunan persatuan bagi tahun ini dan ia ditaja oleh pengasasnya Louis Simon Peter.

“Ia bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli dan bekas ahli KRFC melalui bersukan,” katanya.

Menurut Azlan, perlawanan itu juga bertujuan mempromosi sukan ragbi kepada komuniti di sini terutama golongan remaja.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>