Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Wan Junaidi puji kecekapan polis tangani cubaan pecah rumahnya

$
0
0

KUCHING: Timba­lan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar memuji kepantasan dan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menan­gani cubaan pecah masuk kediaman peribadinya pada Selasa lepas.

Menurut kenyataan akh­bar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini, Ahli Parlimen Santubong itu juga yakin pihak polis akan dapat mengesan suspek yang terlibat.

“Pihak kami menyer­ahkan kes ini kepada PDRM untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Pihak PDRM juga akan bekerjasama dengan pihak RELA untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan tersebut,” menu­rut kenyataan itu.

Pada 24 Disember lepas, kira-kira jam 3.15 pagi, dua idividu cuba memecah mas­uk kediaman peribadi Wan Junaidi yang pada ketika itu berada di luar negara.

Bagaimanapun, cubaan masuk tersebut dapat dike­san melalui sistem penggera keselamatan dan disedari oleh anggota PDRM serta RELA yang bertugas men­gawal keselamatan di hada­pan rumah beliau.

Tindakan pantas ang­gota polis yang bertugas telah berjaya menakutkan penceroboh dan kedua-dua individu tersebut melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal tanpa sempat masuk ke dalam rumah timbalan menteri itu.

Hasil pemeriksaan menda­pati dua orang penceroboh memasuki kawasan kedia­man beliau melalui pagar belakang rumah yang telah diumpil.

Tiada kecederaan serta kehilangan harta benda berlaku.

Pihak polis juga percaya penjenayah tersebut tidak mengetahui bahawa sasaran mereka adalah rumah milik peribadi Wan Junaidi.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>