
CUBAAN PECAH MASUK: Roslan (kiri) dan pegawainya memeriksa tingkap yang tidak sempat diumpil oleh suspek dalam cubaan memecah masuk rumah Wan Junaidi, awal pagi semalam.
KUCHING: Rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini hampir dipecah masuk dalam kejadian yang berlaku, awal pagi semalam.
Semasa kejadian, Wan Junaidi dan keluarganya berada di luar negara, dan hanya pembantu rumah warga Indonesia berada di rumah ketika itu.
Kejadian disedari apabila sistem penggera keselamatan rumah dua tingkat itu berbunyi.
Dua suspek dipercayai cuba mengumpil tingkap, bagai-manapun melarikan diri apabila sistem penggera keselamatan itu berbunyi.
Dua anggota Pasukan Gera-kan Am (PGA) dan tiga anggota Pasukan Sukarelawan Rakyat (RELA) yang bertugas di kediaman Timbalan Menteri itu berusaha menangkap suspek, namun gagal.
Dalam kejadian itu, tiada kehilangan atau kecederaan dilaporkan.
Setakat ini, belum ada petunjuk yang diperolehi dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching Roslan Bek menasihati orang ramai supaya memasang sistem penggera keselamatan atau kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengurangkan jenayah.
Sambil menyifatkan sistem penggera keselamatan itu berjaya menyelamatkan rumah Wan Junaidi daripada di- pecah masuk, ia juga efektif dalam membendung jenayah pecah rumah daripada terus berleluasa.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing ketika mengulas kejadian itu berkata, dengan peningkatan jenayah rompak dan ragut di Kuching sejak kebelakangan ini, orang ramai yang bercuti dinasihatkan supaya berhati-hati.
“Orang ramai juga boleh membantu pihak polis supaya lebih berhati-hati dengan ti-dak meninggalkan rumah me-reka terlalu lama tanpa penghuni,” katanya.