Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Biar pasaran tentukan kos pengambilan amah: PIKAP

$
0
0

Kadar berpatutan ialah RM10,000-RM11,000 untuk seorang

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) mahu kos pengambilan pembantu rumah asing dari Indonesia ditentukan oleh pasaran.

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata kos baharu pengambilan pembantu rumah dari negara itu yang ditetapkan pada RM7,800 September lepas masih tidak dapat menarik kehadiran mereka ke negara ini dan merugikan agensi pekerja asing.

“Berdasarkan Indonesia Recruitment Agency (IRA), bayaran untuk biodata pembantu rumah Indonesia sahaja RM6,500 hingga RM8,000, belum lagi kos seperti bayaran untuk levi, pemeriksaan perubatan, bayaran pendahuluan dan kos pengangkutan yang perlu dibayar.

“Kami berpendapat kadar yang berpatutan ialah antara RM10,000 hingga RM11,000 untuk seorang pembantu rumah Indonesia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Minggu lepas, Menteri Sumber Manusia Richard Riot berkata pada masa ini, Jawatankuasa Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan dan perlindungan pembantu rumah dan majikan pada September lalu bersetuju menetapkan kos baharu pengambilan pembantu rumah Indonesia pada RM7,800 (RM6,000 ditanggung majikan manakala RM1,800 oleh pekerja).

Raja Zulkepley menjelaskan penetapan kos pengambilan itu menyebabkan banyak agensi mengalami kerugian apabila mereka perlu mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos sebenar membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia.

“Ramai anggota kami terpaksa menjual kereta dan rumah masing-masing bagi membolehkan mereka dapat terus menjalankan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata selain kos pengambilan yang tidak sesuai, terdapat beberapa perkara lagi yang menyebabkan pembantu rumah Indonesia keberatan untuk bekerja di Malaysia.

“Isu penderaan, perlindungan, rogol, gaji yang rendah selain proses kemasukan yang lama adalah antara punca tidak ramai pembantu rumah Indonesia ke sini.

“Misalnya, proses kemasukan pembantu rumah asing ke Singapura hanya mengambil masa dua minggu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebulan berbanding Malaysia, prosesnya mengambil masa tiga hingga ke empat bulan,” katanya.

Raja Zulkepley juga berkata pihaknya amat berharap agensi berkaitan dapat menpercepat urusan kemasukan pembantu rumah Indonesia ke negara ini.

Katanya, Malaysia dianggar memerlukan 30,000 pembantu rumah Indonesia setahun namun kurang daripada 700 orang yang datang ke Malaysia. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>