Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

‘Field manager’ dipenjara empat tahun pecah amanah

$
0
0

Menggunakan wang pasar raya RM74,000 untuk peribadi

KUALA LUMPUR: Seorang ‘Field Manager’ dihukum penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana pecah amanah wang hasil jualan di tiga cawangan sebuah pasar raya berjumlah lebih RM74,000 untuk kepentingan peribadi.

Hakim Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu selepas Dennis Langit, 24, dari Limbang, Sarawak mengaku mengambil wang sebanyak RM74,662.20 yang sepatutnya diserah kepada pihak pengurusan syarikat di KK Supermarket & Superstore Sdn Bhd Cawangan Pantai Dalam, Brickfields dan Bangsar antara jam 8 pagi hingga 8 malam pada 14, 16 dan 17 Dis lepas.

Mahkamah turut memerintahkan Dennis, yang didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Dis lepas.

Dalam penghakimannya, Ahmad berkata mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan Dennis adalah serius kerana dia diamanah oleh majikannya untuk mengutip wang berkenaan namun telah menyalahgunakan amanah itu.

“Walaupun kesalahan yang dilakukannya tidak melibatkan keganasan tetapi ia mendatangkan kemudaratan serta melibatkan ekonomi syarikat. Bayangkan jika semua orang yang diamanah menjaga harta syarikat telah melakukan pecah amanah, siapa lagi yang kita ingin percaya?” katanya.

Mengikut fakta kes, Dennis tidak memasukkan wang jualan daripada tiga cawangan KK Supermarket & Superstore ke dalam akaun syarikat dan perkara itu disedari Pengurus Jualan syarikat berkenaan Robin Wee yang kemudian menyoal tertuduh.

Dennis akhirnya mengakui dia tidak memasukkan wang itu ke dalam akaun syarikat dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

Terdahulu, Dennis yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia sudah menyesal dan terdesak ketika melakukan kesalahan itu.

“Pada hari kejadian, mata saya dikaburi wang menyebabkan saya terdesak mengambil wang itu kerana perlu membiayai rawatan ibu bapa di hospital serta perlu membayar wang kepada pemilik kereta yang dipinjam adik lelaki yang mengalami kemalangan,” katanya yang bekerja di syarikat itu hampir tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Nordin pula memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan berkata faktor kepentingan awam melebihi kepentingan individu.

“Tertuduh adalah seorang pekerja yang diberi kepercayaan oleh majikan tetapi amanah itu telah disalahgunakan dan perbuatan tertuduh diibaratkan seperti ‘duri dalam daging’,” katanya. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>