Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pastikan kejayaan milik Sarawak

$
0
0

JOHNNY

Johnny dilantik selaku Ketua Jurulatih skuad Piala Presiden, SUKMA bagi tempoh tiga tahun

KUCHING: Ketua Jurulatih Johnny Dominicus merakamkan terima kasih atas kepercayaan diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kepadanya untuk membimbing skuad Piala Presiden dan SUKMA negeri.

Justeru, beliau mahu membalas kepercayaan tersebut dengan mengembalikan era kegemilangan bola sepak remaja negeri pada dua kejohanan itu nanti.

“Terima kasih kepada FAS kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membimbing skuad remaja Sarawak,” katanya semalam.

“Saya berjanji akan mencurahkan segala kepakaran dan komitmen jitu untuk mengembalikan semula maruah bola sepak negeri.”

Johnny yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dilantik sebagai Ketua Jurulatih bagi tempoh tiga tahun dengan pemeteraian antaranya dan FAS telah diadakan pada awal bulan ini.

Beliau mencuri tumpuan setelah berjaya membawa skuad bola sepak SUKMA dan Piala Presiden Sabah muncul juara pada tahun lepas.

“Sebagai jurulatih, tekanan itu memang tetap ada apatah lagi apabila kita mempunyai dua misi besar yang perlu dicapai.

“Namun, saya telah bersedia dan akan memberikan yang terbaik bagi memastikan kejayaan milik Sarawak,” tegasnya.

Beliau juga berharap semua pihak memberikan sokongan kepadanya sepanjang beliau di sini.

Sementara itu, skuad Piala Presiden Sarawak telah melengkapkan senarai 25 pemain yang akan mengharungi saingan baharu musim 2014.

Menurut Johnny, bagi mengharungi saingan musim ini, beliau masih mengekalkan lapan muka lama.

Manakala, selebihnya diambil dari mereka yang mewakili Harimau Muda B, C, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan yang beraksi dalam liga-liga tempatan di sini.

“Kesemua 25 pemain ini juga merupakan pemain yang akan mewakili Sarawak pada SUKMA 2016. Justeru, saingan Piala Presiden ini merupakan landasan pendedahan dan latihan terbaik bagi mereka.”

Menurut Johnny lagi, selain latihan intensif yang telah pun bermula sejak minggu lepas, beliau turut bercadang mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Sabah dalam masa terdekat sebaik mendapat kelulusan dari pihak FAS.

Saingan Piala Presiden 2014 dijangka bermula pada 27 Januari depan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>