Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Penunggang maut motosikal rempuh treler parkir tepi jalan

$
0
0

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Batu 18 Jalan Kuching-Serian awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 25 tahun itu dikenali sebagai Nelson Joshua dari Kampung Kujang Plaman, Tebedu Serian, meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk di kepala dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 pagi.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja di Taiyo Yuden di Estet Perindustrian Samajaya dalam perjalanan pulang ke kampungnya pada Sabtu lepas dan kembali ke bandar raya ini untuk bekerja syif pagi pada keesokan harinya.

Motosikal ditunggang mangsa dikatakan merempuh sebuah lori treler yang diparkir di tepi jalan ketika hujan lebat.

Mangsa dikatakan terpelanting dari motosikalnya yang rosak teruk manakala topi keledar dipakainya turut pecah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan kes masih dalam siasatan polis.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>