Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Dua lagi ditahan berhubung kes rompakan cip mikro

$
0
0

GEORGE TOWN: Polis menahan dua lagi lelaki berhubung kes rompakan cip mikro bernilai RM800,000 milik sebuah kilang elektronik di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata mereka yang berusia sekitar 30-an dan 40-an itu ditahan di Ipoh, Perak sehari selepas kejadian.

Setakat ini polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pemandu lori berusia 40-an yang ditahan pada malam kejadian.

“Seorang dari suspek ada rekod jenayah dadah. Sasaran kita kini ialah untuk menjejaki suspek utama yang dipercayai berada di luar Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Thaiveegan berkata siasatan masih dijalankan sementara baki 10 kotak cip masih belum ditemui.

Beliau juga berkata nilai cip mikro yang keseluruhan terdapat dalam 22 kotak dan dirompak pada jam 9 malam itu sebenarnya RM1.5 juta dan bukan RM5 juta seperti yang dilaporkan terdahulu.

Daripada jumlah 22 kotak cip itu, sebanyak 12 kotak ditemui semula dalam sebuah lori berhampiran tempat kejadian setelah polis mengesan kedudukan lori itu menerusi sistem penentu kedudukan global (GPS).

Polis percaya rompakan itu turut membabitkan orang dalam. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>