Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Semak fakta sebelum kritik

$
0
0

KUCHING: Ahli Parlimen Stampin Julian Tan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) perlu menyemak fakta dengan tepat sebelum mendakwa Kuching sebagai ‘bandar seks’.

Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan yang kesal dengan dakwaan tersebut berkata Kuching merupakan antara bandar terbaik di dunia di mata masyarakat.

“Saya bangga sebagai Datuk Bandar MBKS… segelintir individu begitu mudah menuduh bandar raya Kuching bakal menjadi lokasi kegiatan tidak bermoral.

“Cuba anda lihat dengan baik adakah Kuching seperti itu? Saya rasa seseorang perlu menyemak dahulu fakta dengan tepat sebelum mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan nama baik tempat sendiri,” katanya semalam.

Tambah Chan, semua pusat refleksologi di kawasan MBKS dipantau dan diperiksa secara kerap bukan sahaja oleh MBKS tetapi juga pihak berkuasa lain.

“Jika anda bercakap mengenai aktiviti haram atau tidak bermoral ia berlaku di mana-mana bandar.

“Jika anda cuba mengehadkan itu dan ini kadangkalanya bandar akan menjadi mati juga.

“Saya harap semua pihak akan mengatakan yang baik mengenai bandar sendiri dan walau siapapun anda, jangan sesekali memburuk-burukkan bandar anda sendiri.

“Jika ada cadangan… sila kemukakan kepada saya atau datuk bandar yang lain atau terus kepada kerajaan, jangan hanya cakap lepas sahaja,” katanya.

Jelas Chan lagi, keruntuhan institusi keluarga tidak hanya berpunca daripada refleksologi tetapi juga atas faktor-faktor lain yang boleh menggugat rumah tangga.

Sebab itu kerajaan menekankan nilai-nilai kekeluargaan dan kita harus sama-sama memainkan peranan daripada menuding jari terhadap mana-mana pihak, tegasnya.

“Lihat diri kita sendiri, perbaiki kelemahan diri, cintai bandar kita, jangan mengkritik dan bercakap buruk kerana komen anda akan diambil oleh pesaing-pesaing kita apatah lagi kita kini dalam usaha mempromosikan bandar kita.

“Saya rasa komen ini tidak tepat kerana kita mempunyai rekod yang baik dan kita menjalankan kerja kita dengan baik malah tahu tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Meskipun tidak dinafikan ramai individu mengunjungi pusat refleksologi namun ia adalah atas tujuan kesihatan dan ia adalah terbuka.

Aktiviti tidak bermoral tidak hanya dikaitkan dengan pusat refleksologi.

Jika anda bercakap mengenai warganegara lain yang datang bekerja di sini ia adalah di bawah pihak  berkuasa yang lain.

Memang benar ada satu atau dua yang menjadi biri-biri hitam, jika mereka dijumpai lesen mereka akan disyorkan kepada polis untuk dibatalkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228