Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

K’jaan ada pelan induk bangunkan penduduk luar bandar

$
0
0

DEMI MASA DEPAN: Abang Johari (tengah) bersama Dr Jerip merakamkan kenangan bersama para penerima kunci rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat Skim Penempatan Semula Empangan Bengoh, di Padawan dekat Kuching, semalam.

KUCHING: Kerajaan mempunyai pelan induk untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar yang mana komponennya turut merangkumi penyediaan kemudahan asas dan meningkatkan sosioekonomi.

Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, rancangan itu bukan mimpi indah di siang hari, sebaliknya dilaksanakan secara berperingkat oleh barisan pemimpin berpengalaman serta berkomitmen tinggi dalam melakukan transformasi.

“Kita dalam kerajaan mempunyai pelan induk untuk membangunkan kawasan luar bandar dan kita bernasib baik kerana mempunyai pemimpin- pemimpin berpengalaman untuk melaksanakan rancangan jangka masa panjang yang akan dinikmati penduduk,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat Skim Penempatan Semula Empangan Bengoh, di Padawan dekat sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil, Residen Kuching Abang Shamshudin Abang Seruji dan Ketua Kaum Bidayuh Kuching Temenggung Austin Dimin Niyon yang juga Penyelaras BRS.

Abang Johari berkata, kerajaan serius dalam membawa transformasi ke kawasan luar bandar, bukannya sekadar bermimpi seperti pembangkang.

Menurutnya, pengalaman yang dimiliki para pemimpin kerajaan adalah teras untuk membangunkan Sarawak dan akan diturunkan kepada pemimpin lebih muda.

“Walaupun kerajaan terus mengamalkan pelan induk untuk pembangunan, pemimpin muda politik harus terus dipupuk untuk membawa pembangunan yang lebih besar kepada negeri ini dan membantu rakyat,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan memberitahu, kerajaan akan membangunkan sektor pelancongan berasaskan tarikan ekopelancongan luar bandar.

Beliau menjelaskan, ekopelancongan luar bandar berpotensi untuk menjadi kegiatan ekonomi utama di Sarawak dengan mengambil kira faktor muka bumi serta kekayaan flora dan fauna.

“Sektor pelancongan telah menarik 4.1 juta pelawat pada tahun lepas yang menjana pendapatan berjumlah RM8 bilion,” katanya sambil menyeru penduduk kampung untuk terlibat dalam industri tersebut dengan memulakan program seperti inap desa.

BRS, katanya, tidak kurang hebatnya kerana akan disenaraikan dalam pelan pembangunan pelancongan luar bandar merangkumi Kuching ke Sematan.

Beliau menyifatkan BRS sebagai kampung tercan­tik kerana tersusun serta mempunyai jalan raya yang lebar.

Abang Johari berkata, ka­wasan Empangan Bengoh akan diwartakan sebagai Taman Negara dan kerajaan mempunyai banyak rancangan untuk merancakkan kegiatan pelancongan di situ.

Beliau turut memberitahu, Myanmar dan Kemboja tu­rut berminat untuk belajar daripada Sarawak dalam membangunkan sektor pelan­congan.

“Mereka berminat untuk mengetahui bagaimana cara kita menguruskan program inap desa,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>