SIBU: Pihak Pengurusan Wisma Sanyan, Pelita Towerview Sdn Bhd akan melanjutkan waktu operasi pusat beli-belah itu sempena dengan sambutan Hari Krismas tahun ini.
Ketua Jabatan Perkhidmatan Bangunan Pelita Towerview Tony Hii berkata, pihaknya akan melanjutkan waktu operasi hingga jam 11 malam pada 23 dan 24 Disember ini.
“Lanjutan waktu operasi ini bagi memudahkan orang ramai untuk membuat persiapan akhir sempena Hari Krismas.
“Selain itu, pihak pengurusan juga akan melanjutkan waktu operasi hingga jam 11 malam untuk sambutan Tahun Baharu 2014,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.
Hii berkata, bagi memeriahkan sambutan Krismas tahun ini, pihaknya juga telah menghiasi persekitaran Wisma Sanyan dengan pelbagai hiasan.
“Bagi pihak pengurusan, kita ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas 2013 dan Tahun Baharu 2014 kepada semua,” jelas beliau.