Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Suami isteri lapor polis rumah diceroboh pencuri

$
0
0

SIBU: Sepasang suami isteri membuat laporan polis selepas mendapati rumah teres dua tingkat mereka di Jalan Meludan di sini dipecah masuk pencuri awal pagi semalam.

Insiden tersebut hanya disedari mereka jam 3 pagi selepas mendapati pintu belakang rumah berada dalam keadaan terbuka.

Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah komputer riba, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM500 telah hilang.

Suami isteri tersebut memberitahu mereka mengalami kerugian RM3,000 hingga RM4,000 selepas insiden tersebut.

Suami isteri berumur dalam lingkungan 20-an membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Sentral jam 9 pagi semalam.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>