Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

450 gerai akan beroperasi di empat lokasi Bazar Ramadan di Miri

$
0
0

MIRI: Sekitar 450 gerai bakal beroperasi di empat lokasi Bazar Ramadan seluruh Bahagian Miri menjelang 1 Ramadan ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Lawrence Lai berkata antara lokasi bazar tersebut ialah di Morsjaya, SABERKAS, pekarangan parkir Stadium Tertutup Miri dan pekarangan Myy Mall, Lutong.

“Paling ramai adalah di SABERKAS iaitu 205 orang peniaga, diikuti pekarangan parkir Stadium Tertutup Miri sekitar 150 orang, Morsjaya sekitar 80 orang dan pekarangan Myy Mall, Lutong seramai 50 orang peniaga,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Bagaimanapun, tahun ini peniaga di Myy Mall, Lutong diambil alih oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Beliau berkata, semua peniaga terlibat hendaklah menepati dan mematuhi syarat-syarat kebersihan yang ditetapkan oleh MBM.

Sementara itu, Lai dan kaunselor MBM akan mengadakan acara simbolik perasmian bazar dijangka dilakukan jam 4 petang Khamis ini di pekarangan parkir Stadium Tertutup Miri.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>