Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Lelaki warga asing kurang siuman lari dari hospital

$
0
0

SIBU: Seorang lelaki warga asing dipercayai kurang siuman bertindak melarikan diri daripada Hospital Sibu dengan menaiki sebuah motosikal curi, kelmarin.

Motosikal itu yang dicuri suspek dari tempat parkir hospital, hanya disedari oleh pemiliknya selepas mendapati motosikal itu hilang.

Satu laporan polis kemudian dibuat oleh pemilik motosikal terbabit dan hasil maklumat orang ramai, polis pergi ke Jalan Seng Ling.

Ketika di situ, pihak polis telah berjaya menahan suspek yang berusia lingkungan 20 tahun serta menemui semua motosikal yang dilarikannya.

Ketika ditahan, suspek memberitahu ingin mencari rakannya untuk meminjam wang bagi perbelanjaan untuk pulang ke negara asal.

Dalam kes berasingan, mayat seorang warga asing dijumpai dalam keadaan hampir reput di kolam sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Assan, di sini kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Milkius, 38, dipercayai mati sejak dua hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya.

Mayat mangsa dijumpai oleh pekerja ladang yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak atasan.

Polis dari Balai Polis Lanang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian membawa mayat mangsa ke Hospital Sibu kira-kira jam 4 petang untuk bedah siasat.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>