Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Tanaman bernilai RM4.7 juta rosak akibat banjir di Terengganu

$
0
0

KUALA TERENGGANU: Seluas lebih 700 hektar kawasan tanaman di Terengganu mengalami kerosakan akibat banjir yang melanda baru-baru ini menyebabkan kerugian bernilai lebih RM4.7 juta.

Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu Md Yusof Maidin berkata kerosakan itu juga melibatkan tanaman kontan seperti padi, jagung, ubi kayu dan ubi keledek selain buah-buahan, sayur-sayuran, cendawan serta juga tapak semaian anak pokok (nurseri).

“Tanaman itu telah rosak kerana ditenggelami air dan jumlah petani yang terlibat seluruh negeri ini dengan banjir adalah sebanyak 856 orang,” katanya semalam.

Md Yusof berkata daerah Kemaman mengalami kerugi-an tertinggi iaitu sebanyak RM4.1 juta melibatkan 532 orang petani dengan kawasan seluas 317 hektar.

Ini diikuti daerah Setiu yang angka kerugian sekitar RM354,622 melibatkan 166 petani dengan kawasan seluas 375 hektar; Dungun kerugian RM200,000 melibatkan 81 petani dengan kawasan seluas 23 hektar; Hulu Terengganu (RM54,312 43 petani, 62 hektar) dan Marang (RM28,145, 6 petani, 7 hektar).

Dari segi tanaman, Md Yusof berkata tanaman kontan adalah antara tanaman paling besar mengalami kerosakan akibat musibah itu.

Beliau berkata mengikut data, seluas 128 hektar tanaman kontan mengalami kerosakan menyebabkan kerugian anggaran melebihi RM1.9 juta diikuti sayur-sayuran RM1.04 juta (84 hektar) dan buah-buahan RM1.02 juta (126 hektar). — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>