Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

‘Tanah runtuh di Taman Permai gempar penduduk’

$
0
0

SIBU: Kejadian tanah runtuh di Taman Permai Timur, di sini yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi semalam menggemparkan penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan.

Apa tidaknya apabila empat ambulans dari Hospital Sibu tiba di lokasi kejadian membunyikan siren.

Tidak lama kemudian, dua jentera pemadam api dari Balai Bomba Sungai Merah dan Balai Sentral di sini turut berada di lokasi.

Keadaan di lokasi kejadian semakin hura-hara apabila dua kereta peronda polis MPV turut muncul.

Bongkah batu-batu besar yang bertaburan di sekitar Taman Pantai, di sini membuat beberapa orang ramai tergamam ingin mengetahui apa yang sedang berlaku di situ.

Tambahan pula, lebih 30 orang remaja termasuk mereka yang terbaring dan ada yang tersepit di bawah bongkah batu besar dan ada yang meraung kesakitan bagaikan tercedera.

Kelihatan beberapa anggota bomba sedang mengusung seorang mangsa lelaki ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital.

Ada juga mangsa-mangsa yang menerima rawatan awal di lokasi kejadian.

Difahamkan seramai sembilan orang mangsa didapati cedera serius dan terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Namun, kelibat lebih 30 orang pelatih dari Kolej ITA dan kakitangan-kakitangan Hospital Sibu serta bomba dan polis di taman tersebut sebenarnya hanya menjalani latihan menangani musibah bencana alam tanah runtuh.

Latihan bencana tanah runtuh tersebut diadakan bertujuan untuk menguji kemampuan pelbagai pihak termasuk dalam menangani situasi kecemasan.

Latihan tersebut tamat pada jam 12.35 petang semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>