Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Aspek keselamatan tidak harus dipandang ringan, kata Fatimah

$
0
0

KUCHING: Insiden rompakan yang membabitkan menteri muda harus menjadi satu amaran agar semua pihak tidak mengambil mudah tentang kepentingan keselamatan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, menteri atau menteri muda tidak harus berkompromi dengan keselamatan, termasuk semasa mereka menjalankan tugas.

Menurut beliau, di Sarawak tidak sama seperti di peringkat persekutuan di mana menteri dan timbalan menteri mempunyai pengawal peribadi sementara.

“Saya amat berterima kasih kepada orang awam yang turut memberi perhatian serta membangkitkan tentang kepentingan ini, dan ia memberi peringatan kepada kami supaya tidak mengambil mudah tentang keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku masakan ‘Indian Flavour’ di sini, semalam.

Jelasnya, bagi tujuan keselamatan, menteri atau menteri muda boleh membuat permintaan untuk menggunakan khidmat polis pengiring.

Bagaimanapun bagi diri-nya, Fatimah berkata menggunakan khidmat pengiring dibimbangi akan memberi ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya atau orang awam.

“Namun, jika dilihat dari segi keselamatan ia mungkin satu perkara yang berbeza di mana keselamatan wakil rakyat atau menteri muda tidak harus dipandang ringan,” katanya sambil memberitahu, menteri atau menteri muda yang bertugas juga mungkin berpotensi menjadi sasaran atau diserang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden membabitkan Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwang Lagang yang mengalami kecederaan di paha kanan apabila bergelut dengan penjenayah yang merompak dan melarikan kenderaannya pada Isnin lepas.

Sementara itu, berhubung isu Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mahu Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari memohon maaf atas tuduhan mempermainkan hukum Islam dan memperlekehkan kaum wanita, Fatimah berkata:

“Saya tahu beliau (Abang Johari) siapa dan beliau adalah lelaki budiman, yang saya rasakan beliau tidak ada niat seperti yang dituduh itu.

“Bagi saya, ia perlu dilihat secara menyeluruh konteks komen yang diberikan dan anda sendiri boleh membuat kesimpulan dari situ adakah ia benar-benar gangguan seksual?”

Tambahan, kata Fatimah, Abang Johari menyatakan kenyataan sedemikian di hadapan khalayak dan bukannya secara bergelap atau seumpamanya.

Perkara itu berlaku semasa Abang Johari menggulung perbahasannya pada per-sidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini iaitu, “Belum kahwinkah? Saya masih ada tiga kuota lagi.”

Beliau berkata demikian kepada dua ADUN Wanita DAP Violet Yong (Pending) dan Christina Chew (Batu Kawa) yang bertanyakan Abang Johari mengenai nasib penjaja di Kubah Ria, Satok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>