Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Pengawal keselamatan hilang motosikal

$
0
0

SIBU: Seorang pengawal keselamatan kehilangan motosikalnya awal pagi Ahad lalu ketika bertugas di sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor di sini.

Menurut pengadu, 22, tahun yang tinggal di Jalan Permai Jaya di sini, beliau meletakkan motosikalnya jenis Honda dalam keadaan berkunci bersebelahan dengan bangunan bank tempat beliau bertugas pada jam 8 malam.

Ketika pengadu mahu pulang dan pergi ke tempat parkir motosikalnya, beliau terkejut apabila motosikalnya berwarna putih tidak berada di situ lagi pada jam 6.30 pagi.

Motosikal yang dibelinya dengan harga RM3,500 digunakan sejak 2011 tidak terikat dengan perjanjian sewa beli selepas dia tamat tempoh pembayarannya pada awal tahun ini.

Kes tersebut dilaporkan di Balai Polis Sentral Isnin lalu.

Dalam kes berlainan, seorang pemandu trak angkat susun kerugian kira-kira RM1,500 apabila dompet dan tablet Samsungnya tertinggal di dalam bilik sewanya di Jalan Channel di sini.

Insiden itu disedari pengadu, 20-an, ketika mahu membeli minyak motosikalnya di sebuah stesen minyak di bandar ini.

Pengadu yang kemudiannnya bergegas berpatah balik ke kediamannya sekitar jam 9.30 pagi, namun mendapati pintu bilik sewanya telah diumpil.

Dompetnya yang mengandungi wang tunai seratus ringgit, MyKad, kad ATM serta tabletnya yang disimpan di dalam laci didapati sudah hilang.

Pengadu membuat laporan polis di Balai Sentral, di sini pagi Isnin lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>