Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

RM2 bilion bangunkan Kelantan tahun 2014

$
0
0

KOTA BAHARU: Kerajaan Persekutuan memperuntuk-kan kira-kira RM2 bilion bagi membangunkan Kelantan pada tahun depan, sekali gus menepis tohmahan segelintir pihak bahawa negeri ini sering dianaktirikan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata pihaknya akan memberi fokus kepada pelbagai projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Antaranya pembinaan Jambatan Sungai Durian di Kuala Krai sepanjang satu kilometer yang menelan belanja RM16 juta yang akan dimulakan pada tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Jabatan dan Agensi Persekutuan di Kelantan bersama Jabatan Penyiaran Kelantan dan JPP Kelantan di sini, semalam.

Jambatan Sungai Durian merupakan laluan utama yang menghubungkan antara Kota Baharu, Kuala Krai dan Gua Musang yang sering ditenggelami air banjir pada musim tengkujuh.

Sementara itu, Makhtar berkata pegawai perhubu-ngan awam setiap agensi berperanan lebih aktif me-nyalurkan pelbagai maklumat berkaitan pembangunan yang dilaksanakan bagi mengelak rakyat keliru dengan maklumat yang kurang tepat.

“Mereka perlu memaklumkan kepada rakyat kerana rakyat tak tahu dan kadang-kadang salah faham, contoh-nya seperti adakah kerajaan Persekutuan mahupun pihak lain yang beri perkhidmatan seperti sekolah, hospital dan sebagainya.

“Pegawai perhubungan awam perlu memaklumkan aktiviti mereka melalui saluran media dan dapat disiarkan kepada rakyat. Tugas mereka besar untuk maklum apa jenis kerja dan projek yang dilakukan bagi mengelak ke-rajaan Persekutuan dituduh menganaktirikan Kelantan,” katanya. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>