Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

80,000 pemilik hartanah bantah kenaikan cukai pintu DBKL

$
0
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima bantahan daripada kira-kira 80,000 pemilik hartanah berhubung kadar cukai pintu baharu, pada hari terakhir bantahan semalam.

Menteri Wilayah Per-sekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pene-litian mendapati mereka mengemukakan bantahan kerana keliru dengan maksud kenaikan kadar cukai itu.

“Oleh itu DBKL akan menghantar satu lagi notis bagi menjelaskan perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kemudahan Park N Ride Tasik Selatan, di sini.

Terdapat kira-kira 507,000 pemilik hartanah dalam kawasan DBKL.

Laporan sebelum ini menyebut Tengku Adnan menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu DBKL akan tetap berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Bagaimanapun  pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga Mac iaitu selepas DBKL mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

Mengenai kemudahan Park N Ride Tasik Selatan bernilai RM19 juta itu, Tengku Adnan berkata fasiliti tersebut bagi memudahkan pengguna Aliran Transit Ringan (LRT) meninggalkan kenderaan untuk menaiki pengangkutan awam ke pusat bandar raya.

Fasiliti itu menyediakan 818 unit tempat letak kereta bertingkat, 169 unit tempat letak kereta terbuka, 78 tempat letak motosikal, tiga tempat letak bas dan 10 tempat letak teksi. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>