Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Polis tahan empat lelaki terlibat pecah rumah, samun di Ipoh

$
0
0

IPOH: Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan samun dalam tiga kejadian berasingan di Ipoh sepanjang minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kesemua yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Beliau berkata dalam kejadian pertama, polis menahan dua lelaki sedang memecah masuk sebuah rumah serta merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk memasuki rumah di Taman Bukit Merah di sini pada 7 Dis jam 3.30 petang.

“Mangsa melakukan jenayah itu menaiki sebuah lori muatan tiga tan yang diparkir di hadapan rumah mangsa dan lori terbabit dilaporkan hilang di Taman Rishah di sini pada 4 Dis lepas,” katanya kepada pemberita semalam.

Kedua-dua mangsa bekerja sebagai along selain mempunyai rekod jenayah lampau iaitu penagih dadah, katanya.

Dalam kejadian kedua, Sum berkata dua lelaki menyamar sebagai anggota polis, bertindak menyamun tiga lelaki di kawasan pasar malam di Menglembu di sini, 9 Dis lepas.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjalan kaki ke pasar malam berkenaan sebelum didatangi dua lelaki yang berpura-pura sebagai anggota polis dan meminta barang-barang milik mangsa.

“Mangsa yang curiga dengan tindakan lelaki itu kemudian melarikan diri dan meminta bantuan daripada anggota Rela serta rakan cop sebelum suspek ditahan,” katanya dengan menambah suspek berasal dari Ipoh.

Sum berkata dalam kejadian kelmarin, polis menahan seorang lelaki berumur 40 tahun kerana disyaki terlibat dalam tiga kes pecah masuk rumah di kawasan Taman Rasi Jaya, Menglembu.

“Pada Ahad lepas, seorang mangsa membuat laporan polis kerana rumahnya telah dipecah masuk dan mangsa kehilangan satu tablet Ipad. Bertindak atas maklumat itu polis menahan lelaki terbabit yang merupakan jiran kepada mangsa,” katanya.

Selain itu, dalam kes berasingan pada Jumaat lepas, Sum berkata seorang lelaki menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva melulu masuk ke Balai Polis Jelapang di sini kerana mahu melarikan diri dari dikejar oleh penarik kereta.

Ekoran itu, lelaki terbabit telah memandu dalam keadaan merbahaya sehingga melanggar beberapa buah kereta.

“Apabila diekori empat buah kereta dan tidak tahu untuk lari ke mana, lelaki itu masuk ke kawasan balai polis seterusnya mengeluarkan sebilang parang,” katanya.

Polis menahan lelaki berkenaan dan pemeriksaan di dalam keretanya menemui pelbagai senjata tajam, katanya sambil menambah suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang.  — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>