Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Hari Keluarga Sokanjaya JKR Sri Aman erat silaturahim

$
0
0

SRI AMAN: Hari Keluarga anjuran Kelab Sokanjaya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman di Retreat Union and Traning Centre, Lundu dekat Kuching dilihat sebagai landasan mengeratkan silaturahim di kalangan ketua jabatan bersama dengan kakitangannya.

Jurutera JKR Bahagian Sri Aman, Cassidy Morris berkata kerjasama erat itu bukan hanya wujud semasa berada di tempat kerja malah menerusi penganjuran program seperti itu harus diteruskan supaya hubungan kekeluargaan semakin erat dan terjalin.

“Saya selaku ketua jabatan di jabatan ini amat memuji usaha Kelab Sokanjaya kita kerana mengambil langkah dan menganjurkan Hari Keluarga seperti ini untuk kakitangan dan juga ahli-ahli keluarga mereka.

“Program seumpama ini haruslah diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kita bukan sahaja di pejabat mahupun di luar pejabat,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena Hari Keluarga kelab berkenaan di sini baru-baru ini.

Hadir sama Presiden Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman, Roger Kendawang serta Ketua-ketua Seksyen jabatan terbabit.

Dalam pada itu, majlis tersebut turut diserikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah sukaneka.

Hari Keluarga yang berlangsung selama dua hari itu diselitkan lawatan ke bandar raya Kuching serta Pekan Serikin, Bau.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>