Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

3,000 tentera sambut Hari Keluarga 3 Briged

$
0
0

KOTA SAMARAHAN: Seramai 3,000 warga tentera bersama keluarga mereka menyambut Hari Keluarga 3 Briged sempena Ulang Tahun Ke-54 Briged Ketiga Infantri Malaysia di Kem Muara Tuang semalam.

Program yang disempurnakan Panglima 3 Briged Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami itu bertujuan memberi peluang kepada semua warga 3 Briged beramah mesra dan berinteraksi antara satu sama lain.

Selain itu, ia juga dapat merapatkan lagi silaturahim antara pihak pemerintahan dan anggota serta keluarga warga 3 Briged.

Malah, ia dapat memberi ruang untuk anggota dan keluarga bersantai dan beriadah setelah setahun melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti senamrobik, sukaneka darat dan air serta malam mesra yang menyajikan persembahan pentas dan gerai jualan.

Selain mencapai objektif yang digariskan, penganjuran program seumpama itu dilihat dapat menghasilkan kesan baik kepada organisasi 3 Briged khususnya dan tentera darat amnya dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan kepada keselamatan serta kedaulatan tanah air.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>