Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Empat pingat gangsa acara badminton hampir pasti milik MalaysiaDR RAHMAN

$
0
0

NAYPITAW: Skuad bad­minton negara hampir pasti meraih sekurang-kurangnya empat pingat gangsa berikutan kejayaan pemain negara men­umpaskan lawan masing-mas­ing pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B di sini semalam.

Pasangan beregu lelaki Goh V Shem dan Teo Kok Siang mencipta kejutan terbesar selepas menundukkan pilihan kedua dari Thailand, Manee­pong Jongjit dan Nipitphon Puangpuapech 23-21, 14-21, 21-16.

Pasangan Lim Khim Wah dan Ow Yao Han bagaim­anapun diberikan tentangan sengit oleh pasangan Vietnam Minh Bao-Nguyen Khang Huynh sebelum menang 22-20, 19-21, 21-12.

Pasangan beregu wanita muda negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei meneruskan aksi cemerlang skuad badminton negara se­lepas mencatat kemenangan mudah 21-8 dan 21-8 ke atas pasangan tuan rumah Hla­ing Mon Kyu dan Htoo Ya Htoo.

Bagi acara beregu cam­puran, Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing turut mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mengalahkan pasangan Viet­nam, Manh Thang Dao dan Nhu Thao Pham 21-14 dan 21-16.

Namun cabaran skuad bad­minton negara dalam acara perseorangan berakhir selepas dua wakil negara iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Yang Li Lian kalah kepada lawan masing-masing.

Iskandar Zulkarnain tewas 10-21 dan 15-21 kepada wakil Indonesia, Prasetyo Wisnu Yuli dalam kategori lelaki manakala Yang tumpas 16-21 dan 15-21 kepada seorang lagi pemain Indonesia, Bellaetrix Manuputty dalam kategori wanita.

V Shem yang ditemui pem­berita selepas perlawanan melahirkan rasa bangga kerana berjaya menewaskan pasangan Thailand itu sambil berharap dapat merampas semula pingat emas beregu lelaki yang kali terakhir dimenangi Malaysia menerusi gandingan Chong Tan Fook dan Lee Wan Wah di Sukan SEA Vietnam pada 2003.

“Permainan kita hari ini juga sangat bagus kerana pertu­karan posisi berjalan dengan baik dan masing-masing su­dah faham tugas yang perlu dilakukan. Kami juga banyak menyerang Maneepong ker­ana dia penat beraksi dalam beregu campuran sebelum itu,” katanya.

Berbeza pula dengan Iskandar Zulkarnain yang gagal menyembunyikan rasa kecewa dan mengakui agak tertekan kerana menggalas tugas meraih pingat untuk negara berikutan kekalahan mengejut Chong Wei Feng pada Selasa. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>