Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

JKM pergiat daftar dan perbaharui kad OKU

$
0
0

LEBIH SISTEMATIK: Mohamad Yakob menunjukkan kad terbaharu OKU di JKM Daerah Lawas semalam.

LAWAS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas akan mempergiatkan usaha mendaftar dan memperbaharui kad orang kurang upaya (OKU) memandangkan kad tersebut berperanan sebagai dokumen pengenalan bagi OKU.

Pegawai JKM Daerah Lawas Mohd Nur Khairul Punggut berkata kad OKU yang baharu ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan lebih mudah dibawa terutama bagi tujuan urusan rasmi di mana sahaja berbanding kad yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurutnya ia berbeza dengan kad OKU lama yang bersaiz besar, mudah rosak dan tidak mempunyai ciriciri keselamatan kepada OKU.

“Kami akan terus mempergiat usaha turun padang bagi tujuan mendaftarkan dan memperbaharui kad OKU di beberapa kawasan di daerah ini,” katanya di sini semalam.

Mohd Khairul berkata lagi antara kawasan yang sudah dilawati membabitkan Kampung Awat-Awat Sundar, Kampung Tanjung Katong Sundar dan Kampung Aru Sundar.

“Terbaharu kami turut mengadakan program bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kenayeh di Kampung Pengalih (Oktober) selain Program Kerjasama Antara Agensi antara JKM Lawas bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Lawas serta Pengarah Hospital Lawas yang telah banyak membantu dalam proses pembaharuan dan pendaftaran kad OKU di sini,” katanya.

Kata beliau kerjasama dan komiten daripada agensi yang berkaitan amat memberangsangkan dalam membantu mereka mendaftar serta memperbaharui kad OKU serta menjimatkan kos kepada OKU yang terlibat.

“Kami akan mempergiatkan program turun padang bagi membantu OKU memperbaharui serta mendaftarkan OKU yang masih belum mendaftar sebagai OKU.

“Faedah dan kelebihan yang diperolehi jika mendaftar sebagai OKU juga telah acapkali kami maklumkan kepada OKU, ahli keluarga serta komuniti dan ia perlu penglibatan semua ahli masyarakat dalam memaklumkan perkara ini,” ujar Mohd Khairul.

Beliau memberitahu, masih ada ahli keluarga yang belum mendaftarkan anak-anak mereka dengan alasan rasa rendah diri dan malu dengan masyarakat walaupun pelbagai kemudahan serta faedah dapat perolehi dengan berdaftar sebagai OKU di JKM seperti yang ditetapkan dalam peraturan sedia ada.

“Kami amat berharap agar OKU yang belum memperbaharui serta mendaftar sebagai OKU terutama di daerah Lawas agar datang ke Pejabat JKM Lawas untuk membuat pendaftaran dengan segera.

“Ini penting kerana selepas berakhirnya tahun ini kad OKU yang lama tidak akan diguna pakai lagi memandangkan JKM sudah mengeluarkan kad OKU yang baharu yang diseragamkan di bawah satu kad dan warna yang sama dengan pengkelasan jenis OKU berbeza,” tambahnya.

Katanya OKU yang belum memperbaharui dan ingin mendaftarkan kad OKU perlu mendapatkan pengesahan doktor bagi mengenal pasti jenis OKU dan boleh berjumpa dengan Pegawai Pendaftar Kad OKU JKM Daerah LawasMohamad Yakob Yusof sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan pendaftaran dan pembaharuan tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>