Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kejohanan Piala Nangka 2013 buka penyertaan

$
0
0

SIBU: Penyertaan bagi Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Nangka 2013 kini dibuka kepada orang ramai.

Kejohanan tersebut akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Disember ini.

Ia dianjurkan Unit Sekretariat Perpaduan, Kebudayaan, Sukan dan Sosial Nangka (SSBSPN).

Pengerusi penganjur kejohanan Freddy Chua berkata, penyertaan hanya dibuka kepada pemain dari Bahagian Sibu Sahaja.

Freddy berkata, objektif penganjuran kejohanan tersebut ialah untuk menggalakkan belia bersukan, selain memupuk nilai-nilai murni dan semangat muhibah di kalangan belia.

“Ini adalah kali kedua SSBSPN mengambil inisiatif menganjurkan kejohanan bola sepak. Mudah-mudahan, kita dapat menarik penyertaan ramai pasukan bola sepak untuk memeriahkan lagi suasana kejohanan,” katanya kepada pemberita.

Yuran penyertaan ialah sebanyak RM60 bagi setiap pasukan dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Disember ini.

Empat pasukan teratas akan menerima hadiah wang tunai, piala dan pingat.

Beliau berkata, pengurus pasukan atau wakil-wakil dari setiap pasukan wajib untuk menghadiri taklimat yang diadakan pada 22 Disember pada jam 5 petang di Pusat Khidmat PBB Nangka di Jalan Bandung.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh menghubungi Chua menerusi talian 013- 8200034.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi Jimmy De Rozario (013-8035344), Juna idi Ahmad (013- 8122498) atau Roslan Hashim (013-5617177).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>