Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Transformasi dalam UMNO perlu ambil kira realiti politik baharu

$
0
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata proses transformasi dalam UMNO perlu berlangsung dengan mengambil kira keperluan bagi parti itu bergerak selaras dengan realiti politik baharu yang kini mewarnai landskap politik negara.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata kejayaan yang dikecapi UMNO selama ini bukan jaminan bagi kejayaan akan datang, lebih-lebih lagi susulan perubahan yang berlaku dalam landskap politik tanah air, disulami perubahan demografik dan teknologi selain peningkatan tahap pendidikan rakyat Malaysia.

“Untuk kekal relevan, UMNO mesti sanggup lakukan transformasi yang men-cerminkan ia merupakan parti yang mampu menjamin masa depan orang Melayu dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan parti yang ditubuhkan pada 1946 itu perlu meningkatkan usaha melatih pemimpin di semua peringkat yang faham dengan apa yang perlu dilakukan demi survival parti dan perjuangannya.

Najib berkata demikian dalam wawancara khas dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini semalam.

Beliau memberi peringatan bahawa anggota UMNO yang tidak faham politik baharu bakal ditolak rakyat.

“Sebab itu UMNO kena sesuaikan diri, (termasuk) sediakan pemimpin-pemimpin yang menghayati politik baharu,” jelasnya.

Menurut Najib, sebahagian daripada proses transformasi dalam parti sudah berjaya manakala sebahagian lagi belum tiba ke penghujungnya.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata ada keperlu-an untuk UMNO membuka pintu lebih luas kepada golo-ngan profesional kerana ia difikirkan mampu memberi kekuatan kepada kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan.

Mengulas pandangannya itu, Najib berkata ketua cawa-ngan yang terdiri daripada golongan profesional biasanya mempunyai pengaruh lebih besar terutama di kawasan bandar.

Menurutnya, penyertaan golongan profesional di semua peringkat dilihat mampu mempengaruhi masyarakat setempat dalam usaha menarik sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasio-nal, termasuk di kawasan bandar.

“Untuk itu, kita mesti ada program untuk memperbanyak kemasukan golongan profesional dan Generasi Y terutama di kawasan bandar.

“Kekuatan kita masih di luar bandar, namun kekuatan (UMNO) di bandar perlu ditambah lagi,” jelas Najib. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228