Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Suri rumah dibelasah gara-gara tegur jiran

$
0
0

KUCHING: Seorang suri rumah dibelasah oleh jirannya yang berang selepas ditegur kerana membuat pen­gubahsuaian pada rumah sehingga turut menjejaskan struktur rumahnya.

Menurut sumber, insiden tersebut berlaku di Taman Wesstwood apa­bila mangsa, 47, pada mulanya hanya menegur jirannya itu kerana risau jika keadaan tersebut berterusan, mungkin akan menyebabkan kerosakan teruk pada rumahnya.

Bagaimanapun, jiran mangsa dika­takan marah dan terus bertindak me­mecahkan beberapa buah pasu di rumah mangsa sekitar jam 9 pagi semalam.

Bukan setakat itu, mangsa turut mendakwa jirannya telah menumbukn­ya di bahagian muka serta menendang pahanya sehingga menyebabkan kedua-dua bahagian tersebut lebam.

Ekoran itu, mangsa kemudian seg­era ke balai polis berdekatan untuk melaporkan berhubung kejadian tersebut.

Sementara dalam kejadian berasin­gan, seorang pelajar tampil membuat laporan polis mendakwa telah dibelasah sekumpulan lelaki yang bersenjatakan topi keledar di Tebingan Kuching awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa, 20, semasa kejadian berjalan seorang diri di sekitar kawasan tersebut apabila dia didatangi sekumpulan lelaki yang kemudian terus membelasahnya.

Mangsa kemudian berjaya menye­lamatkan dirinya dan terus melarikan diri menggunakan keretanya yang diletakkan tidak jauh dari tempat kejadian.

Semasa dalam usaha untuk menyela­matkan dirinya, mangsa dikatakan telah melanggar sebuah motosikal dipercayai milik seorang daripada suspek.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>