Quantcast
Channel: Utusan Borneo – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228

Kenaikan gaji melampau bukti ‘pengorbanan’ dilaungkan pembangkang hanya lakonan: Idris

$
0
0

MELAKA: Kenaikan melampau gaji menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan anggota Dewan Undangan Negeri Selangor memperlihatkan ‘pengorbanan untuk rakyat’ dilaungkan pembangkang hanya lakonan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ternyata kata-kata pemimpin pembangkang di Selangor sebelum ini bahawa mereka pemimpin rakyat yang sejati, tidak perlu ganjaran dan habuan hanyalah ‘omong kosong’ untuk memperdaya rakyat.

Katanya tindakan menaikkan gaji itu juga bukanlah sesuatu yang boleh memberikan keuntungan besar kepada rakyat, sebaliknya ia meningkatkan kos pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya berhemah dalam mentadbir urus wang rakyat.

“Pada masa negeri di bawah Barisan Nasional, amat berhati-hati mengawal tadbir urus kewangan secara berhemah, mereka (pembangkang) tampak belang mereka rakus, begitu boros belanjakan wang rakyat untuk kesenangan tekak dan peribadi sendiri,” katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Berkhatan Beramai-ramai dan Pelancaran Produk Rapideclam disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadiri isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mat Diah dan Pengarah Urusan MedicFit Technology Sdn Bhd Datuk Rahadian Mahmud Tun Mohd Khalil.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji dan elaun antara 87 peratus hingga 373.3 peratus bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berkuat kuasa 1 Jan depan. Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.

Idris berkata dengan perkembangan terbaharu itu, rakyat boleh menilai sendiri cara sebenar bagaimana pembangkang mentadbir sebuah negeri dan sepatutnya tidak lagi diberikan peluang mentadbir di mana-mana negeri pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 47228


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>